Showing posts with label Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa. Show all posts

Thursday, 2 August 2012

Pendidikan dan Kepelbagaian Budaya



Pelajar yang berbilang kaum akan lebih gembira sekiranya dapat berkongsi pelbagai budaya mereka bersama- sama. Tambahan pula, belajar bersama- sama akan meningkatkan persaingan sihat sesama mereka.




Pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan juga agak ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Perhatikan senarai pelajar terbaik SPM 2009 di  bawah ini sebagai contoh:

1.                  Gladys Tan Yee Kim SMK  – Green Road, Kuching, Sarawak
2.                  Grace Kiew Sze-Ern – SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor
3.                  Khadijah Ahmad Jais – SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
4.                  Akmal Hidayat Sabri – SMK Derma, Kangar, Perlis
5.                  Syamilah Mahali – Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan
6.                  Lee Wei Ling – SMK Taman Melawati, Selangor
7.                  Nur Syuhadah Muhamad – SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Klntan
8.                  Lai Yin Kwin – SMK Tinggi Melaka, Melaka
9.                  Corinne Gunn Huey Min – SMK Taman Melawati, Selangor
10.              Hu May Khei – SMK Convent, Taiping, Perak


Hanya 4 daripada 10 pelajar terbaik SPM ini terdiri daripada orang Melayu, itupun dua orang daripadanya bersekolah di sekolah berasrama penuh tajaan kerajaan, sedangkan kesemua enam pelajar Cina hanya bersekolah di sekolah harian. Ini jelas menunjukkan perbezaan yang ketara antara pencapaian anak Melayu berbanding dengan anak orang Cina. Di manakah silapnya?

Wednesday, 1 August 2012

TMK landasan dunia tanpa sempadan

dunia tanpa sempadan dalam dunia pendidikan



Dunia tanpa sempadan. Segalanya dihujung jari. Itulah kata-kata yang sering kita dengar dan lihat. Sejauh manakah kesan TMK ke dalam kehidupan seharian kita. Adakah ianya membawa impak positif atau impak negatif? Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai keupayaan TMK yang terbaik di Asia Tengah.



Kerajaan telah melancarkan pelbagai usaha demia meningkatkan lagi dunia TMK di Malaysia. Sepertimana yang kita sedia maklum, TMK dijadikan medium utama perhubungan kerana TMK yang dapat dilihat sebagai dunia tanpa sempadan yang mengambil masa yang singkat untuk melaksanakan sebarang urusan atau pencarian maklumat. Sepertimana wujudnya pembayaran bil melalui internet dan sebagainya. Malah, TMK turut dilibatkan dalam dunia pendidikan.TMK landasan dunia tanpa sempadan ini memberi impak yang baik andai ianya digunakan pada landasan yang tepat namun ianya menjadi sebaliknya apabila digunakan pada landasan yang salah.


                                        

TMK meringankan beban murid dengan e-learning


impak negatif yang berlaku di era moden ini

Aplikasi Thinking Maps ( Isu & Cabaran Pendidikan - Kepelbagaian Budaya)

Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang dalam sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini. Hasil pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. 

Yang membimbangkan dalam era yang semakin membangun kini, isu dan cabaran pendidikan semakin meluas terutamanya dalam aspek kepelbagaian budaya. Isu ini perlu diatasi agar perpaduan dan hasil sistem pendidikan di Malaysia semakin cemerlang. Mari kita dalami isi- isi penting yang telah dikupas menggunakan software thinking maps di bawah


Circle Map ( Takrifan Budaya )

Bridge Map ( Perbezaan Sistem Pendidikan )

Brace Map ( Usaha / Idea Dalam Pendidikan ke arah Perpaduan Budaya )

Multi Flow Map ( Kesan Kepelbagaian Sosiobudaya Kepada Guru)


Buble Map ( Cadangan Mengatasi Kepelbagaian Sosiobudaya )

Tree Map ( Beberapa Contoh Situasi Bilik Darjah Mesra Budaya )



heraei memetik hujah;
Cheah Boon Kheng (2002) yang menyatakan bahawa semua kaum perlu diberikan peranan dan usaha mereka perlu diberikan pengiktirafan, barulah toleransi dapat wujud secara harmoni dan tanpa paksaan semuanya ini bermula di peringkat sekolah.



Tuesday, 31 July 2012

kepelbagaian budaya cetus warna warni malaysia


Masyarakat Pelbagai Budaya di Malaysia


Rakyat Malaysia harus bersyukur dan menghargai keistimewaan kepelbagaian budaya yang dikongsi di negara ini kerana Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. 

Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkan kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasi muda (Samsudin Suhaili, 2008: 81-83).

Kepelbagaian budayainilah pencetus warna warni dalam negara kita Malaysia sekaligus membentuk perpaduan yang mantap daripada pelbagai aspek
Warna warni Malaysia