Thursday, 2 August 2012

NOTA : Perkembangan Telekomunikasi Malaysia



DUNIA hari ini menyaksikan perkembangan dan perubahan yang pesat dalam teknologi telekomunikasi. Pelbagai inovasi dihasilkan sehingga membolehkan komunikasi dan interaksi manusia kini, lebih pantas, cepat serta berupaya melampaui batasan masa dan tempat.  Pencantuman dunia teknologi maklumat dan telekomunikasi menghasilkan pemesatan pembangunan teknologi canggih yang membawa dunia ke abad baru yang berasaskan teknologi maklumat. Telekomunikasi moden masa kini meliputi telefon, Internet, 3G (3rd Generation), WiFi (wireless-fidelity) dan lain-lain medium yang lebih sosfikated bagi menghubungkan manusia dengan perkakasan antaranya menggunakan satelit dan kabel fiber optik yang mampu menghantar, menyalur dan menerima isyarat atau maklumat dengan jelas.


Pada 24 Mac 2010, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju. Langkah ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia negara maju abad ke-21. Inisiatif NBI yang diterajui  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bermatlamat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berpengetahuan dan mewujudkan persekitaran ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Projek HSBB bermula pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan mencecah RM11.3 billion dilaksanakan secara rasmi selepas termeterainya perjanjian di antara kerajaan dengan Telekom Malaysia (TM).  Empat kawasan awal yang diliputi perkhidmatan TM HSBB ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar.

Sejarah komunikasi manusia telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lampau dengan penggunaan pelbagai media seperti lakaran lukisan di dinding gua, api, air mahupun asap sebelum munculnya telekomunikasi moden selepas  penciptaan telegraf dan telefon pada sekitar tahun 1870-an. Pada dasarnya telekomunikasi merupakan komunikasi elektronik jarak jauh sama ada satu atau dua hala yang didefinisikan sebagai sains berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, gelombang mikro dan satelit.

Sejarah awal telekomunikasi negara bermula dengan sistem rangkaian telegraf pertama yang digunakan untuk menghubungkan pejabat Residen British di Kuala Kangsar dengan Pejabat Penolong Residen di Taiping terus ke pejabat Majistret di Matang, Perak pada 16 April 1876. Pada 1886, perkhidmatan talian telegraf yang menghubungkan di antara Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura diperkenalkan. Perkhidmatan telefon pula mula diperkenalkan pada akhir tahun 1891. Menjelang 1895, terdapat 21 buah telefon di Kuala Lumpur yang disokong oleh kira-kira 400 batu talian telefon dan telegraf.

Selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957, program pembangunan telekomunikasi menjadi antara agenda yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam pembangunan negara.  Pada tahun 1963, selepas tertubuhnya Malaysia bidang komunikasi terus berkembang di negara ini. Sistem rangkaian jauh negeri Sabah dan Sarawak mula dilaksanakan dengan menggunakan gelombang mikro untuk membawa trafik telefon dan televisyen dari Kudat ke Kuching. Perhubungan di antara Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia diwujudkan melalui litar kabel dalam laut Perhubungan Kawat Komanwel SEACOM.  SEACOM Bahagian Kuala Lumpur-Singapura-Kota Kinabalu dilancarkan pada 15 Januari 1965 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Penerokaan dalam bidang telekomunikasi di Malaysia bermula pada awal 1970-an dengan pembinaan stesen satelit bumi di Kuantan, Pahang. Stesen yang dibina dengan kos RM9 juta ini dirasmikan pembukaannya pada 6 April 1970 oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra. Perasmian satelit bumi ini membuka lembaran baharu dalam sejarah telekomunikasi dan menandakan kemajuan dicapai dalam bidang perhubungan dengan dunia luar. Stesen satelit ini dihubungkan dengan satelit di ruang angkasa Lautan Hindi, INTELSAT 3, (Konsortium Satelit Telekomunikasi Antarabangsa) yang merentasi Malaysia dengan India, Indonesia, United Kingdom, Jepun dan Australia.  Pembukaan stesen satelit bumi ini membolehkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran secara langsung detik bersejarah pelancaran dan pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan.


Bagi memastikan pertumbuhan perkhidmatan telekomunikasi dan perkembangan penggunaan teknologi dalam sektor ini menyokong pembangunan negara sejajar dengan aspirasi nasional, Dasar Telekomunikasi Negara (DTN) dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Mei 1994. Objektif DTN adalah untuk menyokong pencapaian matlamat Dasar Pembangunan Negara iaitu perpaduan negara dan integrasi nasional melalui penggalakan interaksi antara kaum dan wilayah berasaskan kemudahan dan perkhidmatan telekomunikasi. Selain itu, DTN bertujuan membantu pencapaian matlamat Wawasan 2020 ke arah mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan bermaklumat melalui penggunaan rangkaian telekomunikasi yang moden dan canggih.


Sejak 1987, banyak perubahan dan reformasi dalam sektor telekomunikasi telah dilakukan oleh kerajaan, yang menyaksikan pembabitan sektor swasta dalam pembentukan dan pembangunan prasarana telekomunikasi negara.  Jabatan Telekom Malaysia (JTM) yang telah ditubuhkan pada 1 April 1946 sebagai jabatan kerajaan telah diswastakan pada 1987 yang dikenali sebagai Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Pada 1990, selepas diperbadankan dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur namanya ditukar kepada Telekom Malaysia Berhad. Melalui penswastaan dan liberalisasi sektor ini, perkembangan rangkaian yang pesat dan peningkatan mutu perkhidmatan telah dapat dilaksanakan dengan berkesan.


Hala tuju negara dalam memajukan bidang telekomunikasi, berada pada paksi yang tepat dengan mengutamakan teknologi satelit dalam usaha menaik taraf perhubungan luar negara. Satelit Asia Timur Malaysia, (MEASAT-1) dilancarkan dengan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996, dikuti MEASAT-2 pada 13 November tahun yang sama dan MEASAT-3 pada 12 Disember 2006.  Sejajar dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, pada 22 Jun 2009, MEASAT-3a dilancarkan bagi menjadi pelengkap kepada kemampuan MEASAT-3. Kini, Measat Satellitte Systems Sdn. Bhd. (Measat), mendahului industri komunikasi satelit Asia Pasifik dengan penyediaan landasan transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan berpotensi daripada segi komersial.


Kedudukan negara dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat (ICT), semakin terserlah di peringkat antarabangsa. Pengiktirafan pencapaian telekomunikasi oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia telah melonjak dari tempat ke-34 pada tahun 2009 melonjak kepada tempat ke-23 di dunia pada tahun 2010.
                                                                                                   

Sesungguhnya pada masa kini peranan telekomunikasi sangat penting dan amat mempengaruhi kehidupan seharian rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan terus memberikan fokus dalam membangunkan prasarana telekomunikasi negara agar dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kedudukan lokasi atau taraf sosioekonomi.


Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein sedang membuat panggilan muhibbah kepada Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah selepas melancarkan pembukaan Perhubungan Kawat Komanwel Asia Tenggara (SEACOM)  Bahagian Kuala Lumpur-Singapura-Kota Kinabalu di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 15 Januari 1965.




Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra sedang berucap pada Majlis Pelancaran Stesen Satelit Bumi, di Kuantan, Pahang pada 6 April 1970.







Menteri Perhubungan, Encik Sardon Jubir merasmikan pembukaan Ibu Sawat Automatik Telefon di Petang Jaya, Selangor pada 24 Ogos 1972.





Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad bercakap menerusi telefon dipejabatnya dengan Presiden Suharto di Jakarta, Indonesia selepas melancarkan Projek Usahasama Pemasangan Kabel  Dasar Laut antara Malaysia-Indonesia pada 2 Mac 1985.




Pendidikan dan Kepelbagaian Budaya



Pelajar yang berbilang kaum akan lebih gembira sekiranya dapat berkongsi pelbagai budaya mereka bersama- sama. Tambahan pula, belajar bersama- sama akan meningkatkan persaingan sihat sesama mereka.




Pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan juga agak ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Perhatikan senarai pelajar terbaik SPM 2009 di  bawah ini sebagai contoh:

1.                  Gladys Tan Yee Kim SMK  – Green Road, Kuching, Sarawak
2.                  Grace Kiew Sze-Ern – SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor
3.                  Khadijah Ahmad Jais – SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
4.                  Akmal Hidayat Sabri – SMK Derma, Kangar, Perlis
5.                  Syamilah Mahali – Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan
6.                  Lee Wei Ling – SMK Taman Melawati, Selangor
7.                  Nur Syuhadah Muhamad – SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Klntan
8.                  Lai Yin Kwin – SMK Tinggi Melaka, Melaka
9.                  Corinne Gunn Huey Min – SMK Taman Melawati, Selangor
10.              Hu May Khei – SMK Convent, Taiping, Perak


Hanya 4 daripada 10 pelajar terbaik SPM ini terdiri daripada orang Melayu, itupun dua orang daripadanya bersekolah di sekolah berasrama penuh tajaan kerajaan, sedangkan kesemua enam pelajar Cina hanya bersekolah di sekolah harian. Ini jelas menunjukkan perbezaan yang ketara antara pencapaian anak Melayu berbanding dengan anak orang Cina. Di manakah silapnya?

Sumber Manusia MALAYSIA Sungguh Unik

Sebenarnya Malaysia mempunyai sumber manusia yang sungguh unik seperti Amerika Syarikat dan mempunyai semangat ingin maju yang seiras dengan Jepun. Malangnya, Malaysia tidak menggunakan sumber dan kelebihan yang ada dengan sebaik-baiknya. Jika Malaysia meluaskan hak dan kebebasan rakyatnya untuk bersaing secara bebas antara satu sama lain seperti Amerika Syarikat, jika Malaysia menerapkan tanggungjawab bersama untuk melindungi negara seperti Jepun, sudah tentu setiap rakyat rela “berkorban” raga dan jiwa demi kemajuan dan kemewahan negara. Kemungkinan Malaysia sudah lama jauh meninggalkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Budaya dan Cara Hidup

Malaysian dan “Nasi Lemak”

Orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia. Terdapat pelbagai kebudayaan dan tradisi orang Melayu yang telah menerap ke dalam budaya Negara kita. Ini bermakna tradisi dan budaya yang dulunya hanya diamalkan oleh golongan Melayu, kini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup penduduk Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Contohnya, makanan nasi lemak yang merupakan makanan orang melayu sebelum ini telah menjadi makanan umum yang dinikmati oleh pelbagai etnik dan kaum. Penerapan ini membolehkan budaya Malaysia yang unik dan istimewa dibina dan seterusnya dipupuk untuk mencapai perpaduan kaum demi kemajuan negara.



Malaysian dengan “Gong Xi Fa Cai

Orang cina menyambut sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun. Apa itu Tahun Baru Cina? Adakah iannya merupakan hari penyembahan dewa-dewa Cina? Atau hari keutamaan orang yang beragama Buddha? Sebenarnya, sambutan Tahun Baru Cina ini bukan merupakan sambutan yang berasaskan mana-mana agama atau kepercayaan, malah ia merupakan sambutan orang cina berasaskan kalendar cina (beribu-ribu tahun dahulu) yang menunjukkan permulaan satu tahun yang baru (Musim Bunga di China). Begitu juga dengan penggunaan “tanglung” dalam pesta-pesta tertentu oleh masyarakat Cina. Ianya bukan simbol keagamaan atau instrumen untuk “menghalau hantu”, tetapi ianya hanya satu lampu yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk menerangi jalan.

Kita selalu keliru bahawa orang Cina semuanya beragama Buddha yang berasal dari India dan mengamalkan adat istiadat keagamaan. Tetapi terdapat juga pelbagai agama lain yang dianuti oleh orang cina di Malaysia, mahupun orang Cina di seluruh dunia. Contoh agama lain yang dianuti ialah Islam, Kristian, Confucius, Taoisme dan lain-lain. Misalnya seorang yang berbngsa Cina menganuti agama Islam tidak akan menyembah seperti mereka yang beragama Buddha, tetapi masih menyambut Tahun Baru Cina dan mengekalkan budaya penggunaan “tanglung”.    

Apa yang dimaksudkan dengan “Gong XiFa Cai” sebenarnya? Ianya bukan bermaksud “Selamat Tahun Baru Cina” atau “Happy Chinese New Year”, malah ianya merupakan satu kata-kata manis dalam budaya Cina, yang membawa maksud “Moga gembira dan cepat kaya”.  


Malaysian dengan “Roti Canai”

Orang India juga membawa  budaya tersendiri ke Malaysia. Misalnya, Hari Deepavali, Ponggol, dan lain-lain. Makanan-makanan yang menjadi keunikkan Malaysia sendiri pula, seperti “Roti Canai”, “Tosay” dan “Capati”. Kini bukan saja orang India suka makan roti canai, malah Melayu, Cina dan masyarakat bumiputera Malaysia yang lain juga suka makan roti canai. Pernah terlihat satu keratan akhbar Inggerís yang memaparkan “The World Greatest Roti Canai” di pekan Kapit, Sarawak. Roti canai itu dikatakan paling sedap di dunia, tetapi ianya dibuat oleh seorang nenek Melayu yang beragama Islam. Ini menunjukkan penerapan kebudayaan etnik India dalam Malaysia dan mampu membentuk satu kebudayaan Negara yang unik dan istimewa.


Wednesday, 1 August 2012

Video Meransang Tumpuan & Semangat Individu

Heraei juga masukkan beberapa video sebagai penghilang bosan semua setelah penat melihat hasil- hasil software thinking map yang telah disediakan sendiri oleh heraei.Lai- lai, saksikan bersama.


Pelbagai budaya di sekolah


Kisah hidup komputer


Video teknologi dan kanak- kanak sekarang


Video jenis haiwan


Video strategi P&P



Thinking Maps Untuk P&P Sains

Baiklah, berjumpa lagi dengan heraei, dan di sini heraei kongsikan contoh penggunaan software thinking map dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk cikgu- cikgu di luar sana. Thinking map ini memudahkan murid memahami dengan agak mudah kerana nota yang disediakan dalam thinking map akan menjadi ringkas dan mudahlah untuk dibaca oleh murid- murid. Kali ini heraei aplikasikan subjek Sains dengan menggunakan TM untuk murid- murid Pendidikan Khas. Marilah sama- sama kita 'explore' apa yang telah heraei buat ini ya. 

~SHARING IS CARING~


Brace Map

Tree Map

Bridge Map

Buble Map

Circle Map

Double Buble Map

Flow Map

Multi Flow Map

Aplikasi Thinking Maps ( Isu & Cabaran Pendidikan - Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi)





Sejajar dengan perkembangan semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengembangkan sayap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini ke dalam dunia pendidikan. TMK diserapkan ke dalam dunia pendidikan setelah kerajaan mengambilkira pembudayaan dan penguasaan TMK di kalangan pelajar di negara ini. Usaha ini dilaksanakan bagi merapatkan jurang digital terutamanya menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.




Perubahan dasar utama pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.



Namun begitu, kita tidak sepatutnya alpa dengan isu dan cabaran yang dihadapi dalam dunia pendidikan ini. Isu dan cabaran ini perlu diatasi agar hasrat kerajaan berjaya dicapai. Jom kita lihat peta konsep yang menggunakan sofware thinking map ini dengan lebih mendalam lagi mengenai isu dan cabaran TMK dalam dunia pendidikan ini.



Circle Map (Definisi TMK)





Flow Map (Sejarah perkembangan TMK)



Tree Map (Fungsi TMK)




Multi-Flow Map (Isu dan Cabaran TMK dalam pendidikan) 




Bubble Map (Usaha kerajaan tingkatkan TMK)




Tree Map (Contoh Situasi Bilik Darjah berintegrasi TMK)






Kesimpulannya. TMK dalam pendidikan ada baik buruknya. Jom kita tengok apa kebaikan dan keburukan yang heraei ketengahkan. 




Double Bubble Map (Kebaikan dan keburukan TMK)



heraei petik hujah ni 
Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagoginya, malah ia memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan daripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputer di kalangan guru dan pelajar.



TMK landasan dunia tanpa sempadan

dunia tanpa sempadan dalam dunia pendidikan



Dunia tanpa sempadan. Segalanya dihujung jari. Itulah kata-kata yang sering kita dengar dan lihat. Sejauh manakah kesan TMK ke dalam kehidupan seharian kita. Adakah ianya membawa impak positif atau impak negatif? Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai keupayaan TMK yang terbaik di Asia Tengah.



Kerajaan telah melancarkan pelbagai usaha demia meningkatkan lagi dunia TMK di Malaysia. Sepertimana yang kita sedia maklum, TMK dijadikan medium utama perhubungan kerana TMK yang dapat dilihat sebagai dunia tanpa sempadan yang mengambil masa yang singkat untuk melaksanakan sebarang urusan atau pencarian maklumat. Sepertimana wujudnya pembayaran bil melalui internet dan sebagainya. Malah, TMK turut dilibatkan dalam dunia pendidikan.TMK landasan dunia tanpa sempadan ini memberi impak yang baik andai ianya digunakan pada landasan yang tepat namun ianya menjadi sebaliknya apabila digunakan pada landasan yang salah.


                                        

TMK meringankan beban murid dengan e-learning


impak negatif yang berlaku di era moden ini

Aplikasi Thinking Maps ( Isu & Cabaran Pendidikan - Kepelbagaian Budaya)

Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang dalam sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini. Hasil pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. 

Yang membimbangkan dalam era yang semakin membangun kini, isu dan cabaran pendidikan semakin meluas terutamanya dalam aspek kepelbagaian budaya. Isu ini perlu diatasi agar perpaduan dan hasil sistem pendidikan di Malaysia semakin cemerlang. Mari kita dalami isi- isi penting yang telah dikupas menggunakan software thinking maps di bawah


Circle Map ( Takrifan Budaya )

Bridge Map ( Perbezaan Sistem Pendidikan )

Brace Map ( Usaha / Idea Dalam Pendidikan ke arah Perpaduan Budaya )

Multi Flow Map ( Kesan Kepelbagaian Sosiobudaya Kepada Guru)


Buble Map ( Cadangan Mengatasi Kepelbagaian Sosiobudaya )

Tree Map ( Beberapa Contoh Situasi Bilik Darjah Mesra Budaya )



heraei memetik hujah;
Cheah Boon Kheng (2002) yang menyatakan bahawa semua kaum perlu diberikan peranan dan usaha mereka perlu diberikan pengiktirafan, barulah toleransi dapat wujud secara harmoni dan tanpa paksaan semuanya ini bermula di peringkat sekolah.