Thursday 2 August 2012

Sumber Manusia MALAYSIA Sungguh Unik

Sebenarnya Malaysia mempunyai sumber manusia yang sungguh unik seperti Amerika Syarikat dan mempunyai semangat ingin maju yang seiras dengan Jepun. Malangnya, Malaysia tidak menggunakan sumber dan kelebihan yang ada dengan sebaik-baiknya. Jika Malaysia meluaskan hak dan kebebasan rakyatnya untuk bersaing secara bebas antara satu sama lain seperti Amerika Syarikat, jika Malaysia menerapkan tanggungjawab bersama untuk melindungi negara seperti Jepun, sudah tentu setiap rakyat rela “berkorban” raga dan jiwa demi kemajuan dan kemewahan negara. Kemungkinan Malaysia sudah lama jauh meninggalkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Budaya dan Cara Hidup

Malaysian dan “Nasi Lemak”

Orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia. Terdapat pelbagai kebudayaan dan tradisi orang Melayu yang telah menerap ke dalam budaya Negara kita. Ini bermakna tradisi dan budaya yang dulunya hanya diamalkan oleh golongan Melayu, kini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup penduduk Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Contohnya, makanan nasi lemak yang merupakan makanan orang melayu sebelum ini telah menjadi makanan umum yang dinikmati oleh pelbagai etnik dan kaum. Penerapan ini membolehkan budaya Malaysia yang unik dan istimewa dibina dan seterusnya dipupuk untuk mencapai perpaduan kaum demi kemajuan negara.



Malaysian dengan “Gong Xi Fa Cai

Orang cina menyambut sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun. Apa itu Tahun Baru Cina? Adakah iannya merupakan hari penyembahan dewa-dewa Cina? Atau hari keutamaan orang yang beragama Buddha? Sebenarnya, sambutan Tahun Baru Cina ini bukan merupakan sambutan yang berasaskan mana-mana agama atau kepercayaan, malah ia merupakan sambutan orang cina berasaskan kalendar cina (beribu-ribu tahun dahulu) yang menunjukkan permulaan satu tahun yang baru (Musim Bunga di China). Begitu juga dengan penggunaan “tanglung” dalam pesta-pesta tertentu oleh masyarakat Cina. Ianya bukan simbol keagamaan atau instrumen untuk “menghalau hantu”, tetapi ianya hanya satu lampu yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk menerangi jalan.

Kita selalu keliru bahawa orang Cina semuanya beragama Buddha yang berasal dari India dan mengamalkan adat istiadat keagamaan. Tetapi terdapat juga pelbagai agama lain yang dianuti oleh orang cina di Malaysia, mahupun orang Cina di seluruh dunia. Contoh agama lain yang dianuti ialah Islam, Kristian, Confucius, Taoisme dan lain-lain. Misalnya seorang yang berbngsa Cina menganuti agama Islam tidak akan menyembah seperti mereka yang beragama Buddha, tetapi masih menyambut Tahun Baru Cina dan mengekalkan budaya penggunaan “tanglung”.    

Apa yang dimaksudkan dengan “Gong XiFa Cai” sebenarnya? Ianya bukan bermaksud “Selamat Tahun Baru Cina” atau “Happy Chinese New Year”, malah ianya merupakan satu kata-kata manis dalam budaya Cina, yang membawa maksud “Moga gembira dan cepat kaya”.  


Malaysian dengan “Roti Canai”

Orang India juga membawa  budaya tersendiri ke Malaysia. Misalnya, Hari Deepavali, Ponggol, dan lain-lain. Makanan-makanan yang menjadi keunikkan Malaysia sendiri pula, seperti “Roti Canai”, “Tosay” dan “Capati”. Kini bukan saja orang India suka makan roti canai, malah Melayu, Cina dan masyarakat bumiputera Malaysia yang lain juga suka makan roti canai. Pernah terlihat satu keratan akhbar InggerĂ­s yang memaparkan “The World Greatest Roti Canai” di pekan Kapit, Sarawak. Roti canai itu dikatakan paling sedap di dunia, tetapi ianya dibuat oleh seorang nenek Melayu yang beragama Islam. Ini menunjukkan penerapan kebudayaan etnik India dalam Malaysia dan mampu membentuk satu kebudayaan Negara yang unik dan istimewa.


No comments:

Post a Comment